Alhamdulilah Banyak Sangat Ilmu Yang Ucu Dapat Di PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020 atau lebih dikenali sebagai NUH 2020 yang telah berlansung pada 25-27 januari 2020 yang lepas program ini sangat membantu dan memberi inspirasi pada suri rumah macam ucu yang nak ubah hidup Pada Tahun 2020
dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC)
Matlamat Utama Program (NUH) 2020
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut
bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap
potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya
dan menguntungkan.
Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei
dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi
hingga ke malam.
Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan
yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa
hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap
pendapatan mereka.
Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan
menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala
tuju sebenar untuk berniaga.
Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan
sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar,
mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis
akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.
Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar
bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah
melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah
bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan
dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang
betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.
Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya
berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk
membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan
(BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada
yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai
lagi negeri lain.
Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu
dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasabiasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey
teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.
Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan
mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty.
Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi
trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau
tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau
terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing
dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan
seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program
Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari
sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu,
beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia.
Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta
Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!
![]() |
Anak Didik Dr Azizan Osman |
Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan
membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019,
RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula
dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk
beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000
orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan
segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor
mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini
juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut
menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young
CEO 2019.
Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah
menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan
bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau
menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran
dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya
RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan
dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan
mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah
Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.
Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan
adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini,
mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh
RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya
mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga
membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.
Siapa Dr AZIZAN OSMAN?
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan,
seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business,
Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk
membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu
pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan
metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan
pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.
Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu
setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030
TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di
Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta
pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan
berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam
talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di
seluruh dunia.
Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000
syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada
650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar
dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises
(SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.
Antara topik dan pengisian program kami adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring
yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan
dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.
Titanium RichWorks
Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership”
setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan
berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk
kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan
untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan
bulanan RM100,000 sebulan.
Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks,
Dr Azizan
Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam
perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan
jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800
juta setiap tahun.
Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan
bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global
(DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor,
Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak
lagi.
SPIRE RichWorks
SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu
usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus
tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan
Leadership.
Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di
landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih
cepat berkembang.
Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat
membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara
online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton
ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”
Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1. Fesyen dan pakaian
2. Kesihatan dan kecantikan
3. Makanan dan minuman
4. Pendidikan dan latihan
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain
lagi)
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8. Perladangan dan pertanian
Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan
pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.
Lihatlah Betapa Meriahnya Sepanjang 3 hari Program Berlangsung
tahniah Buat Dr Azizan Osman & RICHWORKS INTERNATIONAL
Untuk maklumat lanjut sila ke Laman web rasmi
0 Comments